Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Cawangan Sungai Pinang mendapati Wee Meng Cheng atau lebih dikenali “Namewee” yang telah menghasilkan beberapa klip video sebelum ini yang jelas berunsur hasutan, berbaur perkauman melampau, menghina agama Islam serta bangsa Melayu dan mencabar kredibiliti kerajaan dan perundangan negara.
Dalm klip video sebelum ini yang pernah dihasilkan oleh Namewee bertajuk “Negarakuku”, Namewee telah menuduh azan mengganggu orang tidur di pagi hari serta menyamakan laungan azan dengan kokokan ayam jantan selain mengkritik alunan azan dengan pelbagai kritikan biadap.
Baru-baru ini Namewee sekali lagi bertindak melampau dan sangat biadap apabila menghasilkan klip video yang bertajuk “Namewee Fuck Racism Malaysia Nah!!!”. Di dalam klip video kali ini Namewee secara terang-terangan telah memaki hamun serta mengeluarkan perkataan dan isyarat lucah kepada Pn. Siti Inshah Mansor, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman Putra, Kulai. Namewee juga turut menyerang Kementerian Pelajaran Malayisa dengan menggunakan perkataan seperti “fuck KPM, KPM kurang ajar” selain menyebut beberapa ayat yang berbaur perkauman yang melampau.
Ternyata menerusi pemerhatian yang dibuat oleh GPMS Cawangan Sungai Pinang, kami mendapati Namewee merupakan seorang yang sangat tidak bertanggungjawab, tidak langsung mempunyai sifat patriotisme dan tidak menghormati kerajaan, undang-undang serta sensitiviti bangsa dan agama lain. Malah Namewee dilihat sengaja cuba mencetuskan api perkauman menerusi klip-klip video yang dihasilkannya yang sarat dengan unsur berbaur hasutan dan perkauman.
Justeru itu, GPMS Cawangan Sungai Pinang memohon agar pihak polis membuat penyiasatan menyeluruh terhadap klip-klip video yang dihasilkan oleh Wee Meng Cheng atau Namewee dan mendakwa Namewee berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, Akta Hasutan 1948 dan Akta komunikasi Dan Multimedia 1998.
Sekian terima kasih.
Disediakan oleh:
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Cawangan Sungai Pinang
31 Ogos 2010

No comments:
Post a Comment