SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG GPMS CAWANGAN SUNGAI PINANG

Sunday, August 22, 2010

GPMS SUNGAI PINANG BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP DS CHUA SOI LEK DI ATAS KENYATAAN RASIS PERTIKAI DEB & KUOTA BUMIPUTERA..!!!





GPMS CAWANGAN SUNGAI PINANG


Kenyataan Dr. Chua Soi Lek, Presiden MCA Berhubung Isu Ekuiti Bumiputera Di Kongres Ekonomi Cina Malaysia Pada 8 Ogos 2010


Sebagai sebuah NGO Melayu, GPMS berasa sangat kesal di atas Kenyataan Dr. Chua Soi Lek, Presiden MCA berhubung isu ekuiti bumiputera semasa berucap di dalam Kongres Ekonomi Cina pada 8 Ogos 2010. Chua Soi Lek ketika menyampai ucapan beliau telah menuntut agar ekuiti bumiputera sebanyak 30 peratus dalam semua sektor ekonomi dikurangkan secara berperingkat selain mengkritik golongan kontraktor kelas F yang majoritinya orang Melayu. Kenyataan beliau boleh mencetuskan kegelisahan dan ketidakpuasan hati kaum bumiputera khususnya orang Melayu kerana Perlembagaan Persekutuan dengan jelas memberikan keistimewaan kaum bumiputera sebagaimana peruntukan Artikel 153.


Kenyataan Chua Soi Lek berhubung ekuiti bumiputera ini adalah "berbaur hasutan" dan "tidak mengambil kira sensitiviti bumiputera". Kenyataan Chua Soi Lek juga adalah sangat tidak bertanggungjawab dan bertujuan memecahbelahkan keharmonian kaum. GPMS Sg. Pinang khuatir sekiranya kenyataan Chua Soi Lek yang tidak bertanggungjawab ini kalau terus dimainkan mampu mencetuskan perbalahan kaum di negara ini.


Justeru itu, GPMS Sg. Pinang memohon agar pihak polis membuat penyiasatan menyeluruh mengenai kenyataan Chua Soi Lek di bawah seksyen 3 (1) (f) Akta Hasutan 1948 dan seksyen 4 akta yang sama.


Sekian terima kasih.


Disediakan oleh:


Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Cawangan Sungai Pinang

22 Ogos 2010










No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

yasmin lawsuit