SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG GPMS CAWANGAN SUNGAI PINANG

Thursday, October 20, 2011

GPMS Cawangan Sungai Pinang MENYOKONG PENUH "HIMPUNAN SEJUTA UMMAT : SELAMATKAN AQIDAH UMMAT"




Program Himpunan Sejuta Umat dianjurkan oleh Sekretariat Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) serta badan-badan bukan kerajaan, NGO-NGO Islam, penglibatan warga korporat dan warga kerja masing-masing.

Masyarakat Islam khususnya akan menjadi peserta barisan hadapan. Mereka mewakili pelbagai pertubuhan, institusi-Institusi pendidikan, warga korporat, kelab-kelab sukan dan riadah, persatuan seni mempertahankan diri, pasukan beruniform, kelab-kelab belia, AJK Masjid dan Surau, tenaga guru dan lain-lain badan serta pertubuhan yang akan disenaraikan kemudian.

Sebuah sekretariat akan ditubuhkan. Sekretariat ini akan dibantu oleh beberapa pasukan kerja yang akan menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan tempat himpunan, kemudahan yang diperlukan, susur atur majlis, penyediaan makanan dan tempat solat, publisiti dan pemberitahuan awam, tetamu jemputan, iklan di media cetak dan elektronik serta media baru dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

yasmin lawsuit