Sungai Pinang, 11 Mei 2011: GPMS Sungai Pinang dengan kerjasama Majlis Perwakilan Mahasiswa Pusat Asasi UIAM & Polis Di Raja Malaysia (PDRM) telah menjalankan program berbentuk kempen kesedaran iaitu KEMPEN SAYANGI KANAK KANAK 2011.
Program tersebut turut dihadiri oleh seramai 30 orang mahasiswa UIAM dimana ianya dijalankan konsep "Walkabout" berjumpa masyarakat setempat menyampaikan risalah serta bahan tentang penderaan kanak kanak dan kepentingan menyayangi kanak kanak.
Majlis tersebut dirasmikan oleh YDH Dato Wira Ayub Bin Haji Yaakob, Ketua Polis Negeri Pulau Pinang dan turut sama hadir ialah YBhg Prof Dato' Dr. Syed Zahir Idid, Dekan Pusat Asasi UIAM dan pemimpin masyarakat setempat. . .
Kanak kanak yang hadir diberikan tshirt kempen dan button batch percuma dan mereka begitu gembira.
No comments:
Post a Comment