Sungai Pinang, 29 Januari 2011: GPMS Cawangan Sungai Pinang sekali lagi menggegarkan dengan program terbarunya iaitu program SIREH PULANG KE GAGANG 2011. Program yang melibatkan mahasiswa daripada 2 buah universiti iaitu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan Universiti Utara Malaysia (UUM) bersama-sama penduduk kampung Sungai Pinang berganding bahu menjalankan 5 buah program di dalam satu hari secara bersama.
Pada jam 7.30 pagi diadakan acara Senamrobik bertempat di Padang Kuarters Bata, Sungai Pinang yang di ketuai oleh Sdr Miran daripada Jabatan Belia & Sukan Negeri Pulau Pinang dimana acara tersebut turut disertai oleh golongan ibu-ibu sebagai acara pemanas badan.
Program diteruskan dengan acara Gotong-royong yang melibatkan sekitar kawasan Kampung Sungai Pinang sehinggalah ke kawasan Masjid Jamek Sungai Pinang. Pihak Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) telah banyak membantu dari segi peralatan dan perkakasan gotong-royong termasuklah lori dan tenaga kerja. Tidak lupa juga SUNQUICK turut serta menyumbang minuman semasa sesi gotong-royong secara percuma kepada para peserta dan penduduk kampung Sungai Pinang.
Pada jam 2.00 petang selepas solat Zohor, acara diteruskan dengan program Motivasi Kecemerlangan Pelajar PMR & SPM bertempat di Dewan Masyarakat Sungai Pinang yang melibatkan hampir 100 orang pelajar yang bakal menduduki peperiksaan PMR & SPM tahun 2011 ini. Acara tersebut dimulakan dengan sesi Ceramah Motivasi oleh Sdr. Ahmad Yakqub Bin Nazri, Yang Di Pertua GPMS Cawangan Sungai Pinang dan disusuli dengan sesi Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang dijalankan secara bersama oleh mahasiswa daripada UIAM & UUM.
Selepas solat asar, para mahasiswa dan para pelajar beserta penduduk kampung Sungai Pinang bersama-sama dalam program Kursus Pengurusan Jenazah yang di sampaikan oleh Ust Mohd Izhar Habib Mohamed, Guru Madrasah Al-Badar Sungai Pinang. Dalam kursus tersebut, para peserta di terapkan bagaimana menguruskan jenazah dan solat jenazah.
Pada malam hari, ialah aktiviti kemuncak iaitu Majlis Perasmian Penutup Program Sireh Pulang Ke Gagang 2011 & Konsert Kebudayaan Islam Sungai Pinang. Upacara perasmian penutup telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Encik Izdihar Bin Ishak, Timbalan Dekan, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Turut hadir sama dalam majlis tersebut ialah Y.Bhg. Dato’ Abdul Rashid Ismail, Pengerusi Yayasan Bina Ilmu Pulau Pinang, Tn Haji AB Suhukor AB Karim, Pengerusi Jawatankuasa Qaryah Masjid Jamek Sungai Pinang dan beberapa pemimpin masyarakat.
Pada malam tersebut juga melibatkan banyak aktiviti diantaranya ialah pameran oleh pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) juga diadakan tayangan perdana kezaliman rejim zionis Israel yang disampaikan oleh Aqsa’ Syariff. Anak-anak kampung Sungai Pinang juga turut mempersembahkan seni silat dan persembahan nasyid oleh Kumpulan Nasyid Madrasah Al-Badar Sungai Pinang. Acara kemuncaknya ialah persembahan nasyid oleh Kumpulan Nasyid IN-TEAM yang didatang khas dari Kuala Lumpur. Kehadiran pada malam tersebut hamper mencecah 2000 orang.
Pihak GPMS Cawangan Sungai Pinang ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutamanya semua anak-anak Kampung Sungai Pinang yang bertungkus lumus menjayakan program tersebut. Tidak lupa kepada semua penyumbang iaitu MPPP, PDRM, JKR, Patchee Bakery, Aqsa Syariff, PBA Holdings, Selera Wawasan Catering, Badan Gabungan NGO Kampung Sungai Pinang iaitu Jawatankuasa Qaryah Masjid Jamek Sungai Pinang, Yayasan Bina Ilmu Pulau Pinang, Madrasah Al-Badar Sungai Pinang, Rukun Tetangga Sungai Pinang, Kelab Bola Sepak Baharo Alam, Persatuan Nelayan Pangkalan Sungai Pinang dan semua yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung dalam menjayakan program Sireh Pulang Ke Gagang 2011 ini. Jazakallah….
No comments:
Post a Comment