1 Mei 2010: Sungai Pinang, seramai 150 orang calon PMR & SPM 2010 telah menghadiri Seminar Motivasi Kecemerlangan Pelajar 2010 Anjuran GPMS Cawangan Sungai Pinang yang diadakan di Dewan Masyarakat Kampung Sungai Pinang.
Penceramah undangan khas iaitu Y.Bhg Dr. Abdul Malek Shukor, Pakar Motivasi Profesional berjaya memukau para peserta dengan pelbagai teknik belajar berkesan dan memberi semangat kepada pada pelajar sebagai persediaan menghadapi peperiksaan PMR & SPM yang akan datang. Selain itu, Tn Hj Iqbal Habib Mohamed, Penasihat GPMS Sungai Pinang dan Sdr. Azdy Bin Mohd Arshad, Timbalan YDP GPMS Sungai Pinang turut menyampaikan ceramah kepada peserta masing-masing bertajuk Kekuatan Iman dan Motivasi Pelajar Cemerlang.
Pihak GPMS Sungai Pinang mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penaja termasuklah Yayasan Bina Ilmu Pulau Pinang, Rukubn Tetangga Sungai Pinang, Qaryah Masjid Jamek Sungai Pinang dan beberapa individu termasuklah Syarikat Selera Wawasan Sdn. Bhd. yang menaja makan dan minum peserta sepanjang program berlangsung.
Di antara sekolah yang turut serta dalam program tersebut ialah SMK Abdullah Munshi, SMK (P) Sri Mutiara, SMK Georgetown, SMK Jelutong dan beberapa sekolah disekitar Georgetown. Turut hadir ialah pelajar dari SMK Sungai Kob, Kulim Kedah merupakan sekolah angkat kepada GPMS Cawangan Khas UniKL MSI, Kulim yang dijemput khas ke program tersebut.
GPMS Sungai Pinang mengucapkan ribuan terima kasih kepada GPMS Cawangan Khas UniKL MSI di atas kerjasama dan banyak membantu menjayakan program tersebut. Majlis penutup disempurnakan oleh Y.Bhg. Dato' Abdul Rashid Ismail, Penasihat GPMS Cawangan Sungai Pinang dan merupakan Pengerusi Yayasan Bina Ilmu Pulau Pinang dan beliau menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta program.
-GPMS Sungai Pinang-
No comments:
Post a Comment