SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG GPMS CAWANGAN SUNGAI PINANG

Thursday, November 3, 2011

GPMS Sungai Pinang buka kaunter tambah ahli baru....



4 November 2011 : GPMS Cawangan Sungai Pinang mengorak langkah ke hadapan dengan menambahkan lagi bilangan ahli menerusi sesi Kaunter Promosi Keahlian yang telah dijalankan sempena Forum Kepimpinan Belia yang telah diadakan di SMK Abdullah Munshi Pulau Pinang.

Forum yang disertai seramai hampir 300 orang pelajar Pra U dari sekolah-sekolah disekitar daerah Pulau dimana ahli panelnya terdiri daripada Sdr Jais Bin Abdul Karim Presiden GPMS dan Sdr Hafiz Ali Anuar Penolong Setiausaha Agung Majlis Belia Negeri Pulau Pinang bertindak memberi kesedaran kepada para pelajar akan perjuangan dan peri penting pergerakan belia dalam pembangunan negara.

Dikesempatan ini GPMS Sungai Pinang tanpa menoleh ke belakang dan membuka kaunter promosi keahlian, Alhamdulillah lebih kurang 150 orang ahli berjaya didaftarkan sebagai ahli baru yang bakal membuka lembaran baru perjuangan GPMS di negeri Pulau Pinang ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

yasmin lawsuit