SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG GPMS CAWANGAN SUNGAI PINANG

Saturday, January 9, 2010

WACANA INTELEKTUAL MELAYU MUDA BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA...



Pulau Pinang, 9 Januari 2010: Seramai hampir 700 Ummat Melayu hadir ke program Wacana Intelektual Melayu Muda, Permasalahan Ummat Melayu Pulau Pinang: Apakah Penyelesaiannya? yang telah berlangsung di Kompleks Masyarakat Penyayang, Jalan Utama, Pulau Pinang.

Program yang dianjurkan secara bersama di antara Yayasan Bina Ilmu dan GPMS Cawangan Sungai Pinang telah berjaya membuahkan hasil dan menyaksikan tiga orang pemimpin Melayu Pulau Pinang duduk bersama berbincang tentang menyelesaikan permasalahan dikalangan Ummat Melayu di negeri Pulau Pinang yang berpanjangan isunya.

YB Dr Ustaz Mujahid Yusoff Rawa (Ahli Parlimen PAS Parit Buntar), Y.Bhg. Dato' Sri Reezal Merican Naina Merican (Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia) dan Y.Bhg. Sdr. Jais Bin Abduk Karim (Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, GPMS) telah berkongsi idea dan pandangan tentang betapa perlunya Ummat Melayu perlu bersatu dalam apa jua keadaan dalam menyelesaikan apa jua isu berbangkit dan perkara yang melibatkan pembangunan institusi Melayu itu sendiri.

YB Mujahid menekankan tentang perlunya Ummat Islam mematuhi segala Syariat dan peraturan Islam dalam praktikaliti dan kehidupan seharian dan perlaksanaan yang adil dalam setiap perkara. Beliau juga memaklumkan bahawa PAS sentiasa bersedia untuk bersama-sama mempertahankan dalam setiap isu yang melibatkan Islam dan Melayu tanpa mengira kepentingan sesebuah parti sahaja.

Manakala Dato Sri Reezal menceritakan berkaitan sejarah dan latar belakang Melayu di Pulau Pinang sedari zaman sebelum datangnya British di Pulau Pinang. Beliau menekankan bagaimana peri pentingnya survival sesebuah tamadun untuk diteruskan sebagaimana berlaku di zaman Othmaniah yang berkubur hanya lebih kurang 80 tahun yang lalu. Melayu itu sendiri harus kuat dalam segala aspek termasuk penguasaan ilmu dan kekuatan ekonomi.

Sdr. Jais yang menekankan bahawa GPMS akan terus bersifat mempertahankan apa jua perkara yang melibatkan Ummat Melayu terutamanya dalam bidang pendidikan, sepertimana fokus diberikan terutamanya pelajar Melayu di Pulau Pinang yang tercicir dari dunia pelajaran dan ingin melihat semua NGO Melayu bersatu dalam mempertahankan sebarang isu melibatkan Ummat Melayu.

Wacana seperti ini harus diperbanyakkan lagi dan diadakan di pelbagai peringkat dan kawasan di negeri Pulau Pinang, GPMS Sungai Pinang mengambil inisiatif ini bagi membuka satu lembaran baru penyatuan Ummat Melayu di negeri Pulau Pinang khususnya dan Malaysia amnya. Melayu hanya akan terus dijadikan alat atau bahan untuk dimudahkan bangsa lain menidakkan hak dan perkara milik Ummat Melayu. Forum seperti ini juga dapat memberi ruang dan peluang untuk rakyat mencurahkan isi hati dan pandangan kepada pemimpin agar dapat disuarakan ke peringkat yang lebih tinggi demi melihat Ummat Melayu selepas ini lebih kehadapan dan mampu "Berdiri sama tinggi, Duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa yang lain"

GPMS Sungai Pinang ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir untuk memberi sokongan dan dorongan dalam menjayakan Program Wacana Intelektual Melayu Muda bersama UMNO dan PAS demi memastikan survival Ummat Melayu di Pulau Pinang akan terus terbela dan perjuangan ini akan diteruskan bersama.

2 comments:

  1. Penipu.

    I was there! mana ada 700 org, paling maksimum pun seratus.

    (apa lah, first sentence dah menipu.)

    ReplyDelete
  2. Araipaima: Apa hang buta ka ? atau x reti kira??? nak kata bodoh... dulu hg pi sekolah, sbb tu la hg jadi buta tuli ... sampai bukak dewan yg ketiga lagi... apa la hampa ni, nak bagi elok Melayu pun hampa dok politik x habis2... bangang!!! Hang la PENIPU!!! BARUA!!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

yasmin lawsuit