SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG GPMS CAWANGAN SUNGAI PINANG

Tuesday, October 20, 2009

100 PELAJAR TERIMA SUNTIKAN SEMANGAT HADAPI SPM 2009 ANJURAN: GPMS CAWANGAN SUNGAI PINANG


Alhamdulillah, seramai 100 orang peserta Program Pecutan Terakhir: Tips Menghadapi Peperiksaan SPM 2009 telah hadir bagi bersama mendengar tips terakhir sebelum menduduki SPM November ini. Program anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Cawangan Sungai Pinang itu mendapat kerjasama yang cukup baik daripada seluruh penduduk DUN Sungai Pinang dalam merealisasikan program tersebut dengan jayanya. Y.Bhg. Dato Abdul Rashid dan Y.Bhg. Dato Mohd Shariff Ibrahim sudi hadir bagi menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta sebagai tanda mereka hadir ke program tersebut.


Pihak GPMS Cawangan Sungai Pinang ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh Jawatankuasa Program yang bertungkus lumus membuat persediaan dalam menjayakan program ini. Sememangnya jasa dan tenaga seluruh J/Kuasa program amat dihargai dan disanjungi.






Dalam sesi ceramah yang pertama yang disampaikan oleh Sdr. Azdy Mohd Arshad ada menekankan tentang persediaan mental dan fizikal sebelum menghadapi SPM dan cara terbaik menguruskan stress dikala saat akhir sebelum peperiksaan. Manakala sesi ceramah yang kedua yang disampaikan oleh Sdr Ahmad Yakqub Nazri pula menekankan tentang betapa peri pentingnya peperiksaan SPM ini kepada para pelajar setelah hampir 11 tahun menjalani zaman persekolah dan biarlah pelajar itu tamat sekolah dengan jayanya dan menyambung pelajaran ke Universiti.


GPMS Cawangan Sungai Pinang bersedia membantu calon2 SPM yang ingin memohon khidmat nasihat tentang cara2 memohon masuk ke universiti dan mengisi borang UPU serta pelbagai institusi pengajian tinggi yang lain mahupun IPTA dan IPTS.

Selepas ini, insyaallah GPMS akan bersedia dengan program yang lebih hebat lagi bagi menghadapi tahun 2010 dengan UPSR, PMR, SPM & STPM. InsyaAllah....

-GPMS Cawangan Sungai Pinang-

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

yasmin lawsuit