SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG GPMS CAWANGAN SUNGAI PINANG

Saturday, September 26, 2009

MESYUARAT AGUNG PERTAMA GPMS CAWANGAN SUNGAI PINANG TAHUN 2009













Alhamdulillah, tanggal 13 September 2009 merupakan hari yang bersejarah di mana GPMS Cawangan Sungai Pinang telahpun sec
ara rasminya ditubuhkan dan telah menjalankan Mesyuarat Agung pertama tahun 2009 bertempat di Rukun Tetangga, Kampung Sungai Pinang, Pulau Pinang.


Seperti yang dimaksudkan GPMS telah ditubuhkan pada tahun 1948 oleh 5 orang mahasiswa daripada Raffles College dan King Edward College bertindak selaku badan pendesak bagi memastikan survival pendidikan anak-anak Melayu terus terbela.



Atas dasar tersebut, GPMS Cawangan Sungai Pinang telah mengambil pendekatan untuk meluaskan keahlian termasuk penduduk dalam kawasan DUN Sungai Pinang dan sekitarnya agar GPMS dapat menjalankan peranannya sebagai agen pembangunan pendidikan anak-anak Melayu.






Seramai 50 orang ahli baru yang berdaftar hadir ke mesyuarat agung tersebut bagi memberi sokongan kepada Saf Kepimpinan baru GPMS Cawangan Sungai Pinang yang bakal menerajui GPMS di Sungai Pinang. Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Sdr. Ahmad Yakqub Bin Nazri, Ahli Majlis Tertinggi GPMS Kebangsaan dan turut hadir ialah Sdr. Muzaidi, Wakil GPMS Negeri Pulau Pinang.



Sdr. Maman sedang menjaga kaunter pendaftaran mesyuarat agung tersebut.













Mudah-mudahan GPMS Cawangan Sungai Pinang mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah SWT serta sokongan padu dari semua pihak demi memartabatkan pendidikan anak-anak Melayu di dalam kawasan DUN Sungai Pinang.


Wallahua'lam...

5 comments:

  1. salam
    syabas dan tahniah kepada semua warga gpms sungai pinang . kepada kepimpinan gpms sg pinang , perbanyakkanlah aktiviti2 yang memberi manfaat kepada ahli2 gpms sg pinang dan anak2 kg sg pinang . insya ALLAH dgn segala usaha murni ini , kita akan terus diberi rahmat oleh ALLAH SWT didunia dan di akhirat kelak . Marilah kita semua bergabung tenaga serta akal untuk kemajuan dan pembangunan anak bangsa kita .Insya ALLAH .Ws

    Mohamad Fakarudin Bin Md Farok
    0194704535

    ReplyDelete
  2. Inilah semangat yang sangat diperlukan dalam mengembalikan keceriaan Sungai Pinang yang dahulunya cukup terkenal dengan gerakan belianya...

    ReplyDelete
  3. Tahniah GPMS Cawangan Sungai Pinang... saya shahfaliq YDP GPMS Sungai Petani mengharapkan yang terbaik untuk cawangan saudara & rakan-rakan. GPMS Sungai Petani & GPMS Kedah menyokong kuat penubuhan cawangan ini.
    Segala bantuan & tunjuk ajar amat kami hargai dari GPMS Sungai Pinang...
    Belajar terus belajar

    ReplyDelete
  4. tahniah sdr...
    smoga apa yg dicita dikota...
    & GPMS sg. pinang menjadi contoh kpd caw2 lain

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum!

    Untuk program sulung kita pada hari ahad ni, saya harap semua ahli GPMS Sg Pinang dapat turun beramai-ramai memberikan sokongan dan bersama-sama menjayakan program sulung kita....

    Kejayaan program ini adalah tanggungjawab kita bersama..

    Sama2 kita doakan agar segala usaha murni yg kita laksanakan di bawah nama GPMS Sg Pinang dipermudahkan Allah dan mendapat keberkatan daripadaNya...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

yasmin lawsuit