Tuesday, July 31, 2012
Saturday, June 9, 2012
KERJASAMA GPMS SUNGAI PINANG & YAYASAN BINA ILMU BANTU PELAJAR SK TAN SRI P.RAMLEE
Wednesday, March 28, 2012
GPMS SUNGAI PINANG DICALONKAN DALAM ANUGERAH PERDANA PERTUBUHAN BELIA PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 2012
GPMS Sungai Pinang menyambut ketibaan para penilai dengan paluan kompang serta mengadakan Jamuan High Tea bersama mereka disamping menerangkan tentang perjalanan GPMS Sungai Pinang serta program program yang telah dijalankan selama hampir 3 tahun GPMS Sungai Pinang ditubuhkan. Komitmen serta kerja keras seluruh ahli GPMS Sungai Pinang yang telah membawa GPMS Sungai Pinang sehingga ke tahap ini.
Kita bersama mendoakan agar GPMS Sungai Pinang berjaya dalam merangkul anugerah Perdana Pertubuhan Belia Peringkat 2012 ini dengan jayanya.
Tuesday, January 24, 2012
HAYATI SEMANGAT PAHLAWAN SEJATI
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pengamal seni mepertahankan diri menghayati sifat pahlawan sejati yang menjadi obor kedaulatan negara. Beliau berkata sebagai pahlawan, mereka perlu bersiap siaga menjadi benteng ketiga bagi mempertahankan negara sekiranya terdapat anasir-anasir jahat yang cuba memusnahkan kedaulatan dan perpaduan negara.
"Generasi hari ini yang mewarisi semangat pendekar haruslah sentiasa berpandangan jauh dan berjiwa besar seperti yang telah diwariskan oleh generasi terdahulu. Sekiranya kita juga berjiwa besar kita akan berupaya untuk membangunkan negara ini hingga mencapai kejayaan," katanya.
Lebih 10,000 anggota persatuan seni mempertahankan diri dan orang ramai membanjiri Anjung Times Square untuk mendengar amanat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sempena Malam Pendekar 1Malaysia anjuran Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM). Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Mahaguru PSSLM Tan Sri Omardin Mauju, Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) Datuk Seri Ali Rustam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.
Malam Pendekar menjadi 'gelanggang perpaduan' kerana setiap kaum akan menampilkan aksi masing-masing dalam pelbagai seni tempur, antaranya silat, silambam, taekwando dan karate.Najib, yang juga penyandang Ulul Amri III, dalam ucapannya berharap pendekar yang terdiri daripada golongan muda pelbagai kaum akan bersatu padu demi negara. "Pendekar yang terdiri daripada Melayu, Cina dan India bukan untuk bertembung antara satu sama lain, tetapi berpadu di bawah prinsip 1Malaysia," katanya.
Bernama melaporkan sementara itu, anggota Persatuan Silamban Wilayah Persekutuan R.Mayil Selvi, 21, ketika ditemui Bernama berkata program seperti ini mampu mempromosi seni mempertahankan diri serta warisannya.
Dia berkata dengan menyertai persatuan seni mempertahankan diri dapat membentuk dirinya jadi seorang yang berdisplin. Anggota Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi, Muhammad Zuhair Aminnudin, 26, pula berkata majlis seperti ini patut diteruskan setiap tahun bagi menyatukan semua anggota seni bela diri di Malaysia."Selain dapat berkumpul, majlis seperti ini juga membuktikan negara kita mempunyai banyak seni mempertahankan diri yang masih diamalkan, terutama golongan muda," katanya
Sdr Ahmad Yakqub Nazri, Yang Di Pertua GPMS Cawangan Sungai Pinang turut menerima Penghargaan daripada YAB Perdana Menteri Malaysia bersama beberapa pimpinan belia negeri Pulau Pinang.
Thursday, January 5, 2012
DOKUMENTARI PERJUANGAN GPMS...
Dokumentari perjuangan yang memaparkan kisah sejarah perjuangan dua generasi GPMS...
Wednesday, January 4, 2012
GPMS Sambut Baik Hasrat Kerajaan Pinda AUKU
Presidennya Jais Abdul Karim berkata kesungguhan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membuktikan kerajaan amat memahami kehendak pelajar universiti sekarang selaras dengan era dunia terbuka tanpa sekatan.
Dalam kenyataannya, Jais berkata kini pelajar universiti perlu pandai membahagikan masa antara politik dan pembelajaran di kampus demi menjamin tujuan utama penuntut untuk belajar tidak diketepikan.
Pada 31 Okt lepas Mahkamah Rayuan mengisytiharkan Seksyen 15(5)(a) AUKU 1974 yang melarang mahasiswa berpolitik adalah tidak sah dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Sumber : Bernama
GPMS Kecam Parti Politik Peralat Mahasiswa
Presidennya Jais Abdul Karim berkata golongan itu juga perlu sedar bahawa terdapat parti politik yang mempergunakan mahasiswa dalam menyampaikan agenda tersembunyi mereka.
“Mahasiswa merupakan bakal pemimpin yang turut akan memimpin anak bangsa, mereka perlu sentiasa berfikiran matang dan lebih bijak menangani sebarang isu yang mampu menjadikan mereka terjebak dalam hal-hal yang boleh menjahanamkan masa depan mereka, contohnya politik,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Katanya kerajaan sentiasa memberi peluang kepada mahasiswa untuk menyuarakan pendapat dan sebarang ketidakpuasan hati terhadap sebarang isu atau kritikan.
“Tetapi ianya perlu dibuat dalam kaedah yang betul dan bukan dengan cara berhimpun dan menganggu ketenteraman awam,” katanya.
“Penglibatan mahasiswa dalam (dengan) mengadakan rusuhan atau demonstrasi hanya akan menaikkan kemarahan pelbagai pihak, jika diminta secara baik, akan diberi juga dengan baik,” katanya.
Beliau berkata cadangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) amat disokong, tetapi pandangan siswa perlu diberi perhatian selaras konsep langit terbuka yang diamalkan kerajaan.
Jais berkata Najib mempunyai keberanian untuk membuat pembaharuan dan beliau dilihat berusaha mengotakan janji yang telah dibuat sebelum ini.
Ditanya mengenai tindakan pelajar yang dilaporkan menurunkan bendera memaparkan wajah Perdana Menteri di Ibu Pejabat Umno sewaktu demonstrasi pada 17 Dis lepas, Jais berkata pelajar itu seharusnya meminta maaf kepada Perdana Menteri atas sikapnya yang tidak menghormati pemimpin negara.
“Adam Adli yang juga mahasiswa di Universiti Pendidikan Sultan Idris seharusnya sedar beliau merupakan bakal guru yang akan mendidik anak bangsa khususnya anak Melayu.
“Tidak rugi baginya untuk meminta maaf kerana ianya bukan satu masalah besar untuk berbuat demikian, malah rakyat akan menerima kesalahan itu sebagai tidak disengajakan,” katanya.
– BERNAMA